SELAMATKANLAH DIRIMU DARI NERAKA
Diriwayatkan dari Said r.a berkata: `Pada hari Aidiladha atau Aidilfitri, Rasulullah SAW pergi ke musolla. Di tengah perjalanannya, beliau melewati sejumlah kaum wanita, lalu bersabda:
“ Wahai kaum wanita, bersedekahlah, sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku kaum kalian yang lebih banyak menghuni neraka.”
Sementara menurut riwayat yang lain,Rasulullah SAW bersabda:
“Bersedekahlah dan perbanyakanlah istighfar (memohon ampun).”
Kemudian mereka bertanya:
“kerana apa wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“(kerana) kalian sering mengutuk dan menolak bergaul. Aku tidak melihat kekurangan-kekurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang dari kalian.”
Mereka bertanya :
“Apakah kekurangan agama dan akal kami, wahai Rasulullah?”
Dijawab oleh Rasulullah SAW:
“Bukankah ketika wanita sedang haid, dia tidak solat dan tidak pula berpuasa?” mereka pun membenarkannyaBukankah kesaksian seorang wanita itu nilainya hanya separuh dari kesaksian seorang lelaki?” Mereka membenarkannya. Rasulullah SAW bersabda,”itulah di antara kekurangan akal wanita. . Rasulullah SAW bersabda: itulah di antara kekurangan agama wanita.”
Analisa dan huraian
Islam memandang terhadap setiap lelaki dan wanita merupakan dua pihak yang secara bersama-sama membentuk struktur kemanusian (humanistic), tanpa mendiskriminasikan antara satu dengan yang lainnya dalam nilai kemanusiaan. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujurat:13)
Bererti yang dijadikan ukuran menurut Allah adalah amal soleh (perbuatan baik). Allah SWT telah menegaskan juga bahawa lelaki dan wanita sama-sama dikenakan pembebanan hukun. Berdasarkan firmanNya:
11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(al-Hujurat:11)
Allah SWT juga menuntut tanggungjawab kepada masing-masing pihak antara lelaki dan wanita tentang perbuatannya. Allah SWT berfirman:
21. tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(ath-thuur:21)
Dan setiap lelaki dan wanita sama-sama berhak mendapatkan balasan dari Rabbnya sesuai dengan amalnya.
Seperti dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
Sesungguhnya ibu tidak dituntut banyak berfikir, melainkan kasih sayang dan kelembutan yang diperlukan. Selain itu, perasaan wanita yang halus inilah maka Islam menganggap kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki. Namun, pengertiannya bukanlah bererti seperti anggapan sebahagian orang, bahawa wanita itu perbandingannya separuh dari lelaki. Islam tidak menetapkan demikian, melainkan adanya tujuan dan prinsip lain, iaitu hanya yang berkenaan dengan hal yang bersifat substansial, yakni kesaksian.
![]() |
282.) kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.
(al-Baqarah:282)
Jika dimaksudkan adalah mengingatkan (antara satu dengan yang lainnya), bererti anggapan orang bahawa wanita itu perbandingannya separuh dari lelaki adalah keliru. Inilah yang dapat simpulkan dari pernyataan Rasulullah SAW dengan “Nuqshan al-Aql”(kurang akal). Hal ini bukan merupakan aib seorang wanita, kerana dia memang telah diprojekkan untuk urusan yang besar. Ketahuilah tugas besar itu adalah sebagai ibu, yang dituntut untuk mengandung, melahirkan dan menyusui. Seandainya wanita tidak diciptakan sedemikian rupa, tentu tidak akan mampu memikul tugas tersebut. Ini bukan bererti maksud pembicaraan kami bahawa wanita hanya wanita adalah pihak yang selalu luput. Bukan demikian. Namun dalam hal lain lelaki juga mengalami kesalahan. Bahkan daya fikir wanita kadang- kadang lebih dominan dari lelaki.
Meskipun demikian, tentang kelembutan perasaan wanita seperti yang dikemukakan di atas itu semua merupakan tinjauan secara umum. Sedangkan bila ditinjau secara khusus, dalam masalah tersebut terdapat kontrakdisi antara akal dan kelembutan perasaan. Sejarah telah meninggalkan contoh yang factual dan benar sebagai acuan kita.
