Saturday, 15 September 2012

selamatkan dirimu dari neraka


SELAMATKANLAH DIRIMU DARI NERAKA

Diriwayatkan dari Said r.a berkata: `Pada hari Aidiladha atau Aidilfitri, Rasulullah SAW  pergi ke musolla. Di tengah perjalanannya, beliau melewati sejumlah  kaum wanita, lalu bersabda:
“ Wahai kaum wanita, bersedekahlah, sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku  kaum  kalian yang  lebih banyak menghuni neraka.”

Sementara menurut riwayat yang lain,Rasulullah SAW bersabda:
“Bersedekahlah dan perbanyakanlah  istighfar (memohon ampun).”
Kemudian mereka bertanya:
 “kerana apa wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“(kerana) kalian sering mengutuk dan menolak  bergaul.  Aku  tidak melihat  kekurangan-kekurangan  akal dan agama yang dapat menghapuskan  kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang dari kalian.
Mereka bertanya :
Apakah  kekurangan agama dan akal  kami, wahai Rasulullah?
Dijawab oleh Rasulullah SAW:
“Bukankah ketika wanita sedang haid, dia tidak solat dan tidak pula berpuasa?” mereka pun membenarkannyaBukankah kesaksian seorang wanita itu nilainya hanya separuh dari kesaksian seorang lelaki?”  Mereka membenarkannya. Rasulullah SAW bersabda,”itulah di antara kekurangan akal wanita. . Rasulullah SAW bersabda: itulah di antara kekurangan agama wanita.”


Analisa dan huraian
Islam memandang terhadap setiap lelaki dan wanita merupakan dua pihak yang secara bersama-sama membentuk struktur kemanusian (humanistic), tanpa mendiskriminasikan antara satu dengan yang lainnya dalam nilai kemanusiaan. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan  yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujurat:13)

Bererti yang dijadikan ukuran menurut Allah adalah amal soleh (perbuatan baik). Allah SWT telah menegaskan juga  bahawa lelaki dan wanita sama-sama dikenakan pembebanan hukun. Berdasarkan firmanNya:

11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak  yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya  yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain  dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa  yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

(al-Hujurat:11)
Allah SWT juga menuntut tanggungjawab kepada masing-masing pihak antara lelaki dan wanita tentang perbuatannya. Allah SWT berfirman:

21. tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(ath-thuur:21)
Dan setiap lelaki dan wanita sama-sama berhak mendapatkan balasan dari Rabbnya sesuai dengan amalnya.
Seperti dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
Sesungguhnya ibu tidak dituntut banyak berfikir, melainkan kasih sayang dan kelembutan yang diperlukan. Selain itu, perasaan wanita yang halus inilah maka Islam menganggap kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki. Namun, pengertiannya bukanlah bererti seperti anggapan sebahagian orang, bahawa wanita itu perbandingannya separuh dari lelaki. Islam tidak menetapkan demikian, melainkan adanya tujuan dan prinsip lain, iaitu hanya yang berkenaan dengan hal yang bersifat substansial, yakni kesaksian.


Pada diri seorang wanita telah digariskan watak yang lembut, cepat bertindak dan tergesa-gesa. Oleh kerana itu, dituntut adanya pihak lain yang menyertainya. Dan inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
 
282.) kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. 

(al-Baqarah:282)

Jika dimaksudkan adalah mengingatkan (antara satu dengan yang lainnya), bererti anggapan orang bahawa wanita itu perbandingannya separuh dari lelaki adalah keliru. Inilah yang dapat simpulkan dari pernyataan Rasulullah SAW dengan “Nuqshan al-Aql”(kurang akal). Hal ini bukan merupakan aib seorang wanita, kerana dia memang telah diprojekkan untuk urusan yang besar. Ketahuilah tugas besar itu adalah sebagai ibu, yang dituntut untuk mengandung, melahirkan dan menyusui. Seandainya wanita tidak diciptakan sedemikian rupa, tentu tidak akan mampu memikul tugas tersebut. Ini bukan bererti maksud pembicaraan kami bahawa wanita hanya wanita adalah pihak yang selalu luput. Bukan demikian. Namun dalam hal lain lelaki juga mengalami kesalahan. Bahkan daya fikir wanita kadang- kadang lebih dominan dari lelaki.

Meskipun demikian, tentang kelembutan perasaan wanita seperti yang dikemukakan di atas itu semua merupakan tinjauan secara umum. Sedangkan bila ditinjau secara khusus, dalam masalah tersebut terdapat kontrakdisi antara akal dan kelembutan perasaan. Sejarah telah meninggalkan contoh yang factual dan benar sebagai acuan kita.



Saturday, 2 June 2012

doa

`Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu, unuk mencintaiMu dan mencinai orang yang cinta kepadaMu, juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu yang lebih aku cintai daripada diriku sendiri juga melebihi kecintaan kepada air yang dingin`

                                                                                                           {hadis riwayat Ar-Tirmizi}

wanita


"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .


Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh





Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32

Proud to be muslimah!!